Wednesday, 26 September 2012

NICE BUNGALOW FOR HOMESTAY

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog homestay kami.

Latar Belakang Bungalow.

Lokasi bungalow ini ialah di kawasan Taman Bukit Rambai, Melaka. Ia telah menjadi tempat perlindungan keluarga pasangan suami isteri yang bahagia. Setelah anak-anak membesar dan berhijrah ke negeri lain, pasangan ini pun selalu travel ke luar kawasan untuk melawat anak anak dalam masa jangka panjang. Untuk mengelak kan bungalow ini tidak didiami, maka dijadilah bungalow ini sebagai homestay.

Bungalow ini dibina di keluasan tanah satu ekar dan dikelilingi dengan tanaman dan pokok-pokok buahan dan bunga bungaan yang ditanam sendiri. Ketika musim buah buahan InsyaAllah akan disediakan buah buahan untuk dinikmati oleh penyewa bungalow ini (kalau ada buah hehe).

Anda akan berasa sangat selesa dengan penginapan ini dimana pelbagai aktiviti kekeluargaan boleh dilaku kerana padangnye yang amat luas. Halaman yg hijau dikelilingi pokok pokok dan bunga bungaan membuat keindahan penginapan ini lebih terasa. Begitu juga dengan interior rumah ini mempunyai empat (3) bilik tidur, 4 bilik air, 3 ruang makan, dan 3 ruang tamu. Ia juga lengkap dengan kelengkapan masak untuk mereka yang ingin memasak. Setiap bilik mempunyai kelengkapan hawa pendingin dan 1 unit di setiap ruang tamu.

Sila hubungi saya segera pada sesiapa yang berminat untuk menjadikan rumah pasangan ini sebagai homestay anda ketika di Melaka. Kami berharap anda gembira ketika menyewa di rumah ini.

Wassalam.
Pengurus Homestay
Raini Anwar


No comments:

Post a Comment