Friday, 5 October 2012

Jalan jalan cari makan ..roti John dan kuih keria..

Assalamualaikum

Bila travel ke melaka, jalan jalan cari  makan adalah aktiviti yang paling best skali..cari makanan yang  something yang unik dan yang terkenal kat Melaka ni. Ada dua benda kalau bab makan ni apabila datang je ke Melaka..Kuih keria Melaka dan Roti John Barkat mesti singgah ..

Kalau yang dekat dengan homestay kami ni, Roti John Barkat Pantai Puteri Melaka, 7-10 mins driving..adalah tempat yg paling ramai org dtg untuk menjamu selera. Waktu operasi pukul 6 rasanya. Kalau nak makan roti john ramai yang pergi ke sini..ayam golek pun ada.




Selain daripada roti john ada satu benda makan yang kami memang suka sangat..kuih keria Limbungan (dari pantai klebang ke arah Limbungan. Kuih keria ni disalut dengan gula melaka..sedap la sgt dimakan panas panas. Operasi gerai 2.30 dah start jual dah..kalau kul 4 -5 ptg pelanggan siap berebut2 nak dapatkan kuih keria tu ..termasuk saya hehe. Dah bertahun gerai kuih ni..diperkenalkan pada saya oleh BFF hehe dlm 2003..la ni ada lagi..pakcik tu lah menyira gula keria tu..
 

 

 
 
Sedapnye bila dimakan panas..tak panas pun masih sedap. Kuih keria ni memang I suggest p la cari rasa..dah rasa baru tau la kan. Dari homestay kami nak pergi ke gerai kuih ni maybe takes 10 to 15mins driving depends on the trafic la kan. Jom beli.
 
 
 
ok salam cuti cuti ye.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment